Naz Rahman Bengang Kenyataan Pengetua Tahfiz

Tragedi kebakaran sebuah pusat tahfiz pagi semalam nampaknya benar-benar mengganggu emosi seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan kematian lebih 20 orang pelajar dan dua orang warden dalam insiden tersebut.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, telah mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan segelintir pihak tidak dapat menerima kata-kata pengetua tersebut.

“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” Kata pengetua tahfiz memetik MG.

Rentetan daripada kenyataan tersebut, seorang selebriti lelaki popular, Nazrudin Rahman atau lebih mesra dipanggil dengan nama Naz telah tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan tersebut di akaun Twitternya, lapor MH.

Naz mempersoalkan kenyataan ‘mati syahid’ yang dikeluarkan oleh pengetua tersebut.

“Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know,” tulis salah satu tweetnya.

Rata-rata pengikut akaun Twitternya juga turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Naz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.