‘Lelaki Itu Kawan Saya, Nama Dia Kudin’ – Tiz Zaqyah

Tiada niat untuk bersembunyi, Tiz Zaqyah sebaliknya segan untuk bertemu dengan orang ramai ketika menonton wayang bersama-sama seorang jejaka kacak, baru-baru ini.

Tambahan pula, selebriti berusia 29 tahun ini mengakui penampilannya sangat ringkas selain tidak berhias diri.

“Tak! Saya bukan menyorok. Saya cuma segan sebab ramai sangat orang. Dah la saya selebet, tak pakai apa-apa (ketawa).

“Lelaki tu kawan saya, nama dia Kudin. Hari tu, member yang lain semua dah masuk dulu (menonton wayang), kami pula lambat (ketawa),” katanya lapor MH.

Sebelum ini, menerusi ruangan pojok, Tiz dilaporkan menekup mulut dan menundukkan kepala semasa menaiki tangga menuju pawagam untuk menonton wayang di Pavilion.

Kebetulan, di lokasi sama, berlangsungnya Malam Gala Tayangan Filem Abang Long Fadil 2.

“Sebenarnya, saya tak tahu pula ada event di sana. Sebab itu, saya terkejut bila lihat ramai sangat orang di sana.

“Kiranya, saya tak kena waktulah. Saya sedar ramai yang perasan, dan kami pun dah agak mesti cerita itu akan keluar (ketawa),” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Anak Merdeka ini mengakui tiada lelaki istimewa yang bertakhta di hatinya.

“Saya tak ada teman lelaki lagi. Lagipun, tak ada yang nak. Saya dah tua (ketawa).

“Awak (wartawan) carikanlah calon. Kalau ada, saya nak yang warak (ketawa),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tiz tampil menerusi filem romantik, Kolestrol VS Cinta bergandingan dengan Kamal Adli di pawagam bermula 14 September ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.