Jika Tak Dapat Tingkat Prestasi, Barisan Kepimpinan KAFA Wajib Tandatangani Surat Letak Jawatan

Semua ahli majlis Kafa mesti tandatangani surat itu perletakan jawatan sekiranya prestasi The Red Warrior (TRW) masih ditakuk lama.

Menerusi laporan Facebook TRW news update, dalam statusnya memberitahu, sekiranya pengurusan baharu ini tidak dapat tingkatkan prestasi, mereka kena lepaskan jawatan.

“Kita nak orang yang bekerja, bukan orang yang memanaskan kerusi yang sudah panas. Kerusi presiden itu pun dah panas, jadi Exco juga tak perlukan panaskan lagi kerusi mereka. Kita mahu orang itu (Exco) bekerja dan menyumbang kepada kemajuan bola sepak Kelantan,” kata calon Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, memetik Sinar.

Menurutnya, tidak harus ada penumpang.

“Sebab itu saya bercakap dengan individu yang nak jadi ‘orang Kafa’ sejauh mana komitmen mereka, kalau tak boleh beri (bekerja) lebih baik tidak bersama saya.

“Manifesto ini dirangka oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam bola sepak. (Penglibatan) ada (idea) peminat, pemain, golongan profesional yang terlibat dalam pentadbiran bola sepak.

“Saya yakin ia akan diterima oleh peminat dan boleh memacu TRW (The Red Warriors) ke arah lebih baik pada masa akan datang,”Katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.