Gempar Sungai Di China Bertukar Menjadi Merah

PENDUDUK di China gempar selepas air sungai Lianxi bertukar menjadi merah, umpama cerita dalam filem seram.
Selain itu ia juga mengeluarkan bau busuk dan hanyir.

Rupa-rupanya selepas siasatan dijalankan, mereka mendapati air itu disalurkan daripada paip pecah ke dalam sungai dan selepas pemeriksaan, paip itu datangnya dari pusat penyembelihan babi.

Ia bermakna warna merah itu adalah warna dari darah babi.

enurut People’s Daily Online, Sungai Lianxi bertukar menjadi merah pada pagi 12 September lalu.

Malah seorang saksi memberitahu warna air sungai itu berubah daripada biru ke hitam dan kemudian kuning sebelum bertukar menjadi merah.

Melihat kepada warna air itu, penduduk di situ terkejut dan tertanya-tanya berapa banyak babi yang telah dibunuh di pusat penyembelihan berkenaan.

“Memang menakutkan apabila melihat jumlah darah yang begitu banyak mengalir ke dalam sungai,’’ kata netizen.

Kejadian sama dilaporkan pernah berlaku pada Julai 2014 melibatkan sungai yang sama, yang turut bertukar menjadi merah. Pencemaran itu berlaku disebabkan oleh paip kumbahan yang bocor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.