Fergie,Josh Duhamel Berpisah Setelah 8 Tahun Berkahwin

NEW YORK (AP) – Penyanyi, Fergie dan suaminya yang juga pelakon, Josh Duhamel mengambil keputusan berpisah selepas 8 tahun berkahwin.

Mereka mengambil memutuskan untuk berpisah setelah tidak sehaluan sejak awal tahun ini, lapor RTM.

Pasangan tersebut dalam kenyataan berkata, mereka akan sentiasa bersatu dan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

Fergie dan Duhamel mempunyai seorang anak lelaki, Axl, yang dilahirkan pada tahun 2013.

Berita pergolakan rumah tangga pasangan ini mula dilaporkan pertama kali oleh majalah People.

Fergie merupakan salah seorang anggota Black Eyed Peas.

Beliau melancarkan debut solonya, “The Dutchess,” pada tahun 2006 dan melancarkan album baharu “Double Dutchess” akhir bulan ini.

Sementara Duhamel pernah muncul di rancangan TV termasuk “All My Children” ABC dan dalam filem antaranaya “Transformers”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.