Dua Lelaki Samun Kedai Emas Di Bukit Mertajam

DUA lelaki bersenjata api melarikan barang kemas bernilai RM60,000 dalam kejadian samun sebuah kedai emas di Jalan Pasar, Bukit Mertajam, 10.35 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua suspek warga tempatan lengkap bertopi keledar dan penutup muka meluru ke dalam premis dengan seorang daripadanya bersenjata api.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, seorang daripada mereka masuk sambil membawa tukul besi manakala seorang lagi suspek memegang senjata api.

Beliau berkata, mereka mengambil masa kurang dari lima minit memecahkan ruang pameran barang kemas sebelum melarikannya.

“Mereka menaiki sebuah motosikal dan kini polis sedang melakukan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.