AS Gesa China Guna Pengaruh Beri Tekanan Terhadap Pyongyang

LONDON – China digesa menggunakan minyak yang ia bekalkan ke Korea Utara sebagai pengaruh untuk memberi tekanan kepada Pyongyang bagi menimbang semula program nuklearnya.

Menurut AFP, Gesaan dibuat Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson di London, lapor RTM.

Majlis Keselamatan PBB Isnin lalu, sebulat suara mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara kerana melancarkan ujian nuklear pada 3 September lepas.

Ia termasuk menegahnya daripada perdagangan tekstil dan mengenakan sekatan import minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.