Amboi Nakalnya Boy Iman Ajak Tasha Shila Kahwin..

Nampaknya pelakon filem Blok 404, Datuk Boy Iman boleh tahan juga nakalnya. Walaupun dia kini dibelenggu dengan kontroversi, ternyata sikapnya yang suka bergurau boleh dilihat menerusi posting dan kapsyen di akaun instagram miliknya.

Gambar terbaru dia bersama pelakon jelita, Tasha Shila telah mencuri tumpuan. Gambar yang dimuatnaik di Instagram milknya itu itu disertakan kapsyen bertulis,

Bersama TS (Tasha Shila), Geng lama. Insha-Allah jika ada jodoh kita kahwin,Eh2.. Kita berkerja sama2. Dalam filem “Blok 404” & teater “Kontena 404”.

 

Gurauannya dengan menberitahu dia mahu berkahwin dengan Tasha Shila membuatkan peminat terkejut, namun disedari bahawa kenyataan Boy hanya sekadar gurauan.

 

Sebelum ini Tasha pernah memberitahu media bahawa mengambil masa setahun untuk berehat daripada mengambil sebarang tawaran lakonan selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya Han Wong. Malah dia masih belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki sebagai kekasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.