17 Kes Jangkitan Virus Chikungunya Di Rom

ROM – Kempen anti-nyamuk dijalankan secara besar-besaran di bandar Rom selepas terdapat kes virus Chinkungunya di bandar berkenaan.

Menurut AFP, dalam satu kenyataan Majlis Perbandaran menyebut langkah-langkah pembasmian akan dilakukan di semua kawasan di bandar berkenaan yang dilaporkan mempunyai kes klinikal chikungunya, lapor RTM.

Menurut agensi perkhidmatan penyakit berjangkit serantau, 17 kes jangkitan chikungunya dilaporkan di daerah Latium, dalam beberapa hari ini.

Ia termasuk enam kes di bandar Rom.

Kebanyakkan kes melibatkan penduduk yang tinggal di daerah Anzio iaitu 50 kilometer dari Rom.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Itali, Beatrice Lorenzin menyifatkan langkah majlis perbandaran Rom itu sebagai terlambat.

Ini memandangkan kes chikungunya mula menular sejak 7 September lalu.

Lorenzin juga berkata aktiviti menderma darah di bandar berkenaan, mungkin dihentikan bagi mencegah penularan chikungunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.