Video : Tun M Enggan Komen Gesaan Mohon Maaf Pada Anwar

KUALA LUMPUR – “Saya tidak tahu pasal itu,” jawab bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ringkas.

 

Beliau yang ditemui sejurus selepas sidang media parti Bersatu itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gesaan mohon maaf secara terbuka terhadap salah laku yang disabitkan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

 

Terdahulu, gesaan itu dibuat oleh anak-anak Anwar, yang diketuai Ahli Parlimen Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menjanjikan penyatuan parti-parti pembangkang akan bersatu untuk melawan Umno sekali gus menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Syarat yang dikenakan PKR supaya Tun Mahathir memohon maaf terhadap tuduhan liwat yang disabitkan terhadap ketua pembangkang itu.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.