Video : Ramai Mahu Daftar Sebagai Ahli Bersatu Kata Tun M

KUALA LUMPUR – Ramai mahu mendaftar sebagai ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Beliau yang juga merupakan pengerusi parti itu berkata, walau dimana sahaja pergerakannya sebagai pengasas parti itu, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

 

 

“Dimana-mana saya pergi semua sokong (Bersatu),”katanya ketika ditemui selepas majlis parti itu.

 

Dalam pada itu, ditanya mengenai jumlah sebenar keahlian parti, beliau berkata ‘tidak tahu’ kerana masih belum membangkitkan perkara itu kepada pengurusan parti.

 

 

Mereka baru terima dalam bentuk borang. Borang pun tidak dapat diedarkan banyak lagi. Jadi pada waktu ini masih terlalu awal (untuk mengumumkan jumlah sebenar keahlian parti).

 

 

Terdahulu, parti Bersatu baharu sahaja mendapatkan kelulusan jabatan pendaftaran pertubuhan (RoS) dan sedang memulakan gerak kerja parti bagi meraih undi pada PRU14.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.