Nenek, ibu didakwa terlibat dalam pemerdagangan anak

LA RIBERA – SEPANYOL. Seorang nenek dan ibu kepada gadis berusia 9 tahun ditangkap berikutan daripada disyaki menjual kanak-kanak itu untuk kegiatan seks.

 

Pasangan itu ditahan polis Sepanyol bersama seorang lelaki yang berpura-pura sebagai datuk kepada gadis berkenaan.

 

Pegawai polis memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek terbabit ditahan di La Ribera berhampiran Valencia dan mereka didakwa terlibat dalam operasi menjual kanak-kanak kepada individu yang tidak dikenali.

 

Kesemua suspek berkenaan ditahan di penjara selepas menghadirkan diri ke mahkamah dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

 

Selain itu, polis turut memulakan siasatan selepas menerima maklumat daripada orang awam.

 

Seorang jurucakap turut mengesahkan bahawa polis telah menahan tiga orang suspek di La Ribera berhampiran wilayah Valencia dan mereka dituduh melakukan kegiatan jenayah pelacuran, dan eksploitasi seksual bawah umur.

 

“Dua daripada suspek yang ditahan merupakan nenek dan ibu kepada mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

 

“Suspek ketiga yang merupakan seorang lelaki menyamar sebagai datuk kepada mangsa dan tugasnya adalah untuk mencari pelanggan.

 

“Siasatan polis bermula selepas mendapatkan maklumat daripada orang awam di La Ribera serta beberapa anggota keluarga mereka yang berasal dari Romania,”kata jurucakap terbabit.- Mirror.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.