Lelaki Terkejut Lihat Tan Sri Kutip Sampah Di Sunway

KUALA LUMPUR – Seorang netizen, Gary Chong terkejut melihat kelibat seorang lelaki dari sekumpulan lelaki berusia yang sibuk memungut sampah di tepi jalan di Bandar Sunway adalah taikun hartanah negara.

 

“Hari ini, ketika berjalan di sekitar Bandar Sunway saya terserempak dengan sekumpulan lelaki Asia yang matang dan berusia berjalan bersama-sama sambil memungut sampah di sepanjang jalan. Tidak kira helaian tisu atau straw yang berselerak di kaki lima berlatar landskap menghijau di sekitar bangunan,” tulis Chong.

 

Pada mulanya, Chong menganggap kumpulan itu pelancong Jepun yang mempunyai tingkah laku sedemikian kerana pernah melihat mereka berbuat demikian ketika beliau bercuti di Osaka dan Kyoto.

 

Bagaimanapun, ketika mendekati mereka, Chong sedar mereka bercakap dalam loghat Malaysia.

 

“Adakah mereka rakyat Singapura? Saya pasti mereka bukan rakyat Malaysia,” tulisnya.

 

Namun, apabila salah seorang dalam kumpulan itu kelihatan dikenali, beliau segera mencarinya dalam aplikasi Google.

 

“Selepas segera mencari dalam imej Google, ia tidak lain tetapi Tan Sri Dato ‘Seri Jeffrey Cheah!

 

“Respect kepada lelaki yang mengetuai pasukan seumur dengannya yang terdiri daripada pengarah korporat, orang-orang besar Kumpulan Sunway,” tulis Chong berkongsi pengalaman bertemu hartawan Malaysia yang disenaraikan oleh Forbes sebagai individu ke-18 terkaya di Malaysia dengan nilaiAS$ 865,000,000 (RM3.6 bilion).

 

Chong kemudian menambah, kumpulan itu kemudian menuju ke arah pusat beli-belah Sunway Pyramid, salah satu daripada pembangunan di bawah Kumpulan Sunway milik Cheah.

 

“Saya rasa ‘wow’, ia satu perkara yang menakjubkan untuk melihat jutawan dan ikon gergasi pelbagai industri melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati, tanpa liputan akhbar atau rombongan rumit atau di bawah jenama CSR dengan berpakaian seragam korporat dan lain-lain.

 

“Perbuatannya untuk masyarakat dan infrastruktur yang dibina selama ini … seperti satu inspirasi!” tulisnya.

 

Keterujaan Chong berakhir sebaik kumpulan itu tiba dekat pintu masuk Hotel dan Spa Sunway Resort, melihat Cheah masuk ke dalam “Ferrari merah”.

 

Cong sempat bergurau berkata, ia mungkin lebih berkesan jika hartawan itu menggunakan kereta Proton.

 

Posting Chong di Facebook miliknya pada 10 Sept menjadi viral di media sosial lebih-lebih lagi selepas China Press turut berkongsi laparan itu dalam portal beritanya semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.