Bekas ADUN Kuala Besut Nafi Sertai PPBM

JERTIH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Abdullah Che Muda, menafikan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Abdullah berkata, beliau tidak tahu menahu dengan pelantikannya sebagai penyelaras PPBM Parlimen Besut.

 

Beliau yang terkejut dengan berita itu, berkata tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti berkenaan mengenai perkara itu.

 

Sejak bersara sebagai ADUN, beliau yang tidak lagi aktif dalam politik dan tidak pernah terfikir untuk menyertai parti itu.

 

“Saya masih dan akan tetap setia dengan UMNO kerana sudah lama berjuang dalam parti keramat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Beliau mengulas mesej yang tersebar luas di negeri ini menerusi aplikasi WhatsApp yang menyenaraikan sebahagian besar bekas orang kuat UMNO Terengganu dilantik dalam jawatankuasa PPBM peringkat bahagian. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.