Isu MB: Suhaizan Enggan Ulas Penafian Hadi

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan PAS, Suhaizan Kaiat enggan mengulas kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila menafikan dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Sebaliknya, Suhaizan meminta Antarapos merujuk kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung jawapan balas Abdul Hadi Awang itu.

“Nak komen apa, tak ada apa nak komen. Lebih baik rujuk Tok Guru dan Nik Nazmi sendiri,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi menangkis dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Sebaliknya Abdul Hadi berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Malah ketika diminta mengulas pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

“Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

“Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

“Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa,” katanya.

Dalam satu kenyataan media semalam, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.

 

Baca: Video: Perjumpaan Bersama Pemuda Pakatan, Hadi Cuba Bermain Teka Teki

 

Baca: Hadi Awang Nafi Ada Pertemuan Semalam

 

Baca: Hadi Tegas Mahu Pakatan Kekalkan Khalid Sebagai MB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.