Bot Karam : 14 Maut, 12 Hilang

Jakarta – Sebuah bot karam akibat cuaca buruk di bahagian timur Indonesia semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 12 yang lain hilang.

Sumber, arabnews.com memetik jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, bot kayu yang membawa 35 penumpang itu karam di perairan kepulauan Sula selepas dipukul ombak kuat.

“Daripada 35 orang penumpang, hanya sembilan orang terselamat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.