‘Muhyiddin Akan Letak Jawatan Esok’, Kata Ahli MPT Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya esok.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md.Yusof, Perdana Menteri Muhyiddin akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah di Istana Negara, esok hari yang dipetik melalui laporan MalaysiaKini.

“Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut kepada ahli Parlimen Bersatu dalam pertemuan kira-kira dua jam pagi ini.

“Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahan kedudukannya dan kerajaan, malah menyifatkan peletakan jawatan adalah pilihan terakhir baginya.

“Esok akan ada mesyuarat khas Kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembah surat peletakan jawatan.” kata Redzuan.

Menurut Redzuan lagi, tindakan yang dilakukan oleh Muhyiddin ini adalah betul mengikut Perlembagaan dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak.

Bagaimanapun, Mohd. Redzuan percaya Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana pihak lain.

“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Kami mengikut Perlembagaan, tak boleh membantah.

“Kami katakan kami ada 100 ahli parlimen, terpulang kepada Agong untuk putuskan,” katanya.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat