Video: Hanya Umno-BN Mampu Perjuang Hak Rakyat – Tengku Adnan

Tumpat – Hanya UMNO dan Barisan Nasional, parti berbilang kaum yang mampu memperjuangkan hak rakyat.

 

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun wujud pakatan pembangkang namun mereka masih gagal membentuk kerjasama dan kesepakatan seperti yang dilakukan Barisan Nasional.

 

 

Beliau turut menyeru ahli UMNO turut diminta terus bersatu mempertahankan parti itu dari sebarang ancaman dalaman dan fitnah pembangkang.

 

“Sayanglah kepada parti… tak ada parti lain selain Umno. Barisan Nasional (BN) adalah parti berbilang kaum…seperti juga Umno.

 

“Di sini saya minta para perwakilan supaya bersatu… marilah kita bersatu untuk menguatkan benteng Umno termasuklah di Tumpat ini. Jangan ada sengketa sesama sendiri dan sekiranya tidak berpuas hati sila datang bertemu,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tumpat, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata Umno adalah parti Islam terbesar di Malaysia di mana ahlinya perlu setia kepada kepimpinan parti dan selami keperluan penduduk agar dapat meraih sokongan masyarakat.

 

Katanya, pemimpin perlu masuk ke kawasan yang dikatakan sukar kepada Umno untuk ditembusi dan bersua dengan pemimpin dan penyokong Pas dan bertanya masalah sebenar yang mereka hadapi.

 

“Kalau kita jumpa mereka baru kita tahu apa yang mereka tidak puas hati… rapatkan diri dengan mereka.

 

“Kalau mereka menentang kita… cuba tanya kenapa jadi macam tu dan kalau tak faham, tanya pemimpin-pemimpin lain. Umno mahu memastikan kita mendapat kuasa supaya kita kekal,” katanya.

 

Jelasnya, kepada yang dilanda krisis kepercayaan, percayalah kepada presiden dan Majlis Tertinggi Umno termasuk kabinet kerana apa yang dilakukan adalah supaya Islam tidak tergugat di negara ini.

 

“Kalau kita tengok polisi kerajaan yang kita utarakan, semuanya berlandaskan sunnah dan al-Quran… tugas Umno adalah bagi memastikan akidah umat Islam di negara ini tidak terpesong..

 

“Kita mesti tahu apa yang kita baca dan yang penting adalah tafsiran mengenainya. Apa yang berlaku sekarang ini di negara kita? Zaman fitnah..dalam al Quran ada menyebut… akan sampai ke rumah-rumah kamu corong-corong yang membawa fitnah..radio, televisyen, komputer. Perkara-perkara fitnah, khianati.. itu perkara yang sentiasa berlaku sehingga hari ini.. kita paling takut..jangan kita terjebak dengan kancah pemainan politik jahat,” katanya.

 

Menurutnya, sepertimana yang dilihat kini, semua negara Islam di Timur Tengah porak peranda dan ada usaha ingin porak peranda negara ini.

 

Katanya jika diimbas apa yang berlaku beberapa bulan sebelum ini ada fitnah terhadap diri dan keluarganya.

 

“Sekarang ini Presiden parti sendiri menjadi mangsa fitnah. Kalau presiden tumbang dan jatuh sudah pasti parti akan tumbang. Mereka tahu parti terkuat di negara ini adalah Umno dengan keahlian 3.5 juta orang, 24,500 cawangan dan kita kenal ahli politik kita…sebab itu mereka takut,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

 

Tengku Adnan berkata apa yang paling sekarang ini ada di kalangan ahli di luar sana yang kini digunakan oleh pihak tertentu untuk mengkhianati parti bagi mencapai matlamat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.