Video: Feri Terbakar, Penumpang Nekad Terjun Ke Laut

Manila – Sebuah feri dua tingkat yang membawa 544 penumpang terbakar sebaik berlabuh di tengah Filipina, hari ini.

 

Kejadian itu menyebabkan penumpang nekad terjun ke laut dan memanjat dek untuk menyelamatkan diri daripada kepulan asap, lapor AP.

 

 

Rakaman video menunjukkan beberapa lelaki terjun ke air dari MV Wonderful Stars, yang dipenuhi asal tebal sementara anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api beberapa jam selepas kebakaran berlaku.

 

Feri berkenaan baru saja tiba di sebuah dermaga di Pelabuhan Ormoc, Pulau Leyte dari bandar Cebu.

 

Sarah Jane Balmaceda dari pejabat pengawal pantai di Ormoc berkata, dua daripada 59 anak kapal cedera ringan dan dirawat di hospital.

 

Sementara itu, jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo berkata punca kejadian masih disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.