Tindakan Bodoh Kalau Cuba Jatuhkan Kerajaan, Kata Muhyiddin

SEMPORNA – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak pernah berkomplot dengan sesiapa untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

 

Malah jelasnya, adalah satu tindakan bodoh sekiranya beliau cuba bertindak sedemikian.

 

“Bodoh kalau saya buat begitu (menjatuhkan kerajaan) kerana saya sayangkan UMNO dan terus berjuang demi parti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini hari ini.

 

Yang hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.