Tembakan Di Sao Paulo Ragut 18 Nyawa

Sao Paulo – Lapan belas orang terbunuh dan tujuh disahkan cedera dalam kejadian tembakan di bandar raya terbesar Brazil ini, pada Khamis.

 

“Ini adalah kejadian pembunuhan terbesar di negara itu tahun ini,” kata Ketua Jabatan Keselamatan Sao Paulo, Alexandre de Moraes, pada Jumaat, mengesahkan angka kematian.

 

Laporan media sebelum ini menyebut 19 yang terbunuh dan mendakwa tembakan itu dilakukan kumpulan samseng polis.

 

Insiden tembakan itu sungguh mengejutkan walaupun kejadian keganasan bukanlah sesuatu yang asing di negara itu.

 

Ini kerana serangan ganas dibuat dengan terbuka dengan ada mangsa yang ditembak ketika sedang minum di bar.

 

Stesen televisyen Globo menyiarkan video rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan satu daripada serangan berkenaan sekumpulan lelaki bertopeng masuk ke bar, mengarahkan orang ramai angkat tangan dan kemudian menembak mereka.

 

Akhbar Folha de Sao Paulo pula dalam laporannya dengan memetik saksi yang berkata, penyerang menahan sasaran mereka dan bertanyakan rekod jenayah sebelum menembak.

 

Dalam pada itu, seorang pegawai polis dilaporkan berkata, siri pembunuhan itu adalah sesuatu yang ‘luar biasa’.

 

Insiden tembakan itu berlaku di kawasan Osasco dan Barueri dan berlangsung dalam tempoh dua jam.

 

Datuk Bandar Osasco, Jorge Lapas, berkata rakaman video menyokong teori bahawa pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan tindakan balas dendam terhadap kematian seorang pegawai polis sebelum itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.