Sarawak Report Dah Macam Quran Orang Melayu – Aziz Kaprawi

Kuala Lumpur – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi meluahkan kebimbangan terhadap orang Melayu yang terlalu percaya laporan Sarawak Report sehinggakan dianggap ‘al-Quran bagiorang Melayu’.

 

Katanya, orang Melayu perlu sedar laporan Sarawak Report diambil daripada dokumen Justo dan digunakan oleh DAP untuk mengkritik kerajaan.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata, peluang itu akan digunakan oleh DAP untuk menguasai negara dan membubarkan agama rasmi.

 

“Sarawak Report tu dah macam Quran untuk orang Melayu, tapi kita tahu rujukan tersebut menggunakan dokumen melalui Justo, inilah DAP punya peluang, budak-budak dia kalau DAP berjaya, dia akan bubar agama rasmi.

 

“Ini satu perkara membimbangkan, bagi pihak Pakatan mereka (DAP) sangat domina semua kena dengar cakap dia, tengok Hadi tak dengar cakap dia, dia buang Hadi, kalau mereka menang, mereka akan letakkan Melayu jadi pak turut, kira-kira Wan Azizah adalah calon yang bagus pada mereka,” katanya yang dipetik dari portal BNBBC.

 

Ahli Parlimen Sri Gading itu turut mempersolkan niat baik ‘pihak asing’ yang kononnya cuma memberi kesedaran kepada bangsa Melayu seolah-olah ditipu oleh bangsa sendiri.

 

Beliau menasihatkan orang Melayu supaya berhati-hati kerana tujuan ‘orang asing’ itu hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau satu-satunya pemimpin yang cuba membawa transformasi ekonomi dan politik Malaysia.

 

“Pelik bila orang Melayu nak kena dengar cakap orang putih, Melayu semua dengar cakap mereka, pemimpin kita dah tak nak dengar, cuba fikir mereka ini jujurkah? Nak tolong orang Melayukah? Bagi maklumat nak tolong orang Melayu?

 

“Ini semua adalah konspirasi dari Justo, pemilik The Edge, Tony Pua untuk jadikan 1MDB sebagai alat untuk menghuru-harakan negara dan seterusnya menumbangkan kerajaan sedia ada, jadi siapa yang perlu berwaspada? Kitalah bangsa Melayu siapa lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.