MAHB Nafi Berhutang Dengan AirAsia

Kuala Lumpur – Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) dan anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, menafikan berhutang dengan AirAsia Bhd.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, MAHB berkata dakwaan itu yang dibuat dalam surat tuntutan (LOD) yang dikemukakan oleh AirAsia, tidak berasas dan tidak disokong sebarang butiran.

 

“Fakta yang diguna AirAsia untuk menyokong tuntutannya adalah mengelirukan dan dicemari ketidaktepatan fakta,” katanya.

 

Pada 31 Julai, AirAsia berkata ia telah menyerahkan LOD berjumlah RM409 juta kepada MAHB dan Malaysia Airports (Sepang) untuk kerugian dan kerosakan disebabkan beroperasi dari KLIA2 dan Terminal Penerbangan Tambang Murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.