Kerana Telefon Bimbit, Lelaki Maut Dirempuh Roller Coaster

Ohio – Seorang lelaki maut akibat dirempuh rollercoaster sewaktu cuba mengambil telefon bimbitnya di sebuah taman tema di Ohio, lapor BBC.

 

James Young menaiki rollercoaster Raptor di taman hiburan Cedar Point dan kemudian melompat untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

 

Taman ini mengesahkan kematian Young dalam satu kenyataan.

 

“Pada jam 5 petang, seorang lelaki memasuki kawasan berpagar yang dilarang dan maut selepas terlanggar dengan rollercoaster,” tweet Cedar Point.

 

“Fikiran dan doa kami bersama keluarga mangsa.”

 

Young berusia 45 tahun, kata Phil Frost dari  Jabatan Polis Sandusky.

 

Cedar Point terletak berhampiran Lake Erie di Sandusky, Ohio, dan dianggap sebagai salah satu taman tema terbaik di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.