Tongkat Ali Ginseng Tiruan Dirampas

Kota Kinabalu – Sebanyak 39,381 paket produk tiruan minuman Tongkat Ali Ginseng Kopi berjenama dirampas di empat buah premis berasingan di sekitar bandaraya ini semalam.

Kesemua rampasan itu dilakukan sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Suhaimi Mat Sari berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat pengeluar produk yang mendakwa terdapat produk tiruan jenama berkenaan dipasarkan di negeri ini.

“Hasil siasatan mendapati, kesemua produk tiruan itu hampir 99 peratus sama dengan produk asli keluaran syarikat dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.