Sultan Nasihatkan Khalid Tidak Buat Sebarang Kenyataan Sebelum 27 Ogos

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor telah menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga  baginda pulang pada 27 Ogos.

“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

“DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang  baginda berpuashati bahawa saya  mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014,” kata Khalid dalam satu kenyataan malam ini.

Seterusnya, kata beliau, baginda telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk beliau menghadap baginda.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

 

KENYATAAN MEDIA

15 OGOS 2014

DYMM SULTAN SELANGOR NASIHAT DATO’ MENTERI BESAR TIDAK MEMBUAT KENYATAAN SEHINGGA 27 OGOS INI

 

Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014.

Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda.

Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.