SKMM Perlu Lebih Tegas – Shahaniza Shamsuddin

Kuantan – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) disaran mencari mekanisme terbaik bagi mengekang pengguna menyebarkan fitnah dan berita palsu menerusi laman sosial Facebook (FB).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, pada ketika ini Facebook mungkin tidak dapat ditutup memandangkan ia juga mempunyai kelebihan khususnya sebagai medium komunikasi dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

“Tapi mungkin SKMM boleh mengenakan undang-undang yang lebih keras terhadap pengguna yang didapati berbuat demikian memandangkan ketika ini banyak kes fitnah yang tersebar di FB tidak dapat dibuktikan dan dalang sebenar tidak dapat dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej PSDC (Pahang Skill Development Centre) sesi Januari 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.