Larikan Diri Lepas Langgar 10 Kereta

Georgetown – Sepuluh kenderaan dilanggar sebelum kereta dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis kehabisan minyak dan tersadai di Jalan Solok Pinang, Sungai Pinang di sini semalam.

Seorang daripada lelaki itu melarikan diri manakala pemandu kereta berkenaan bertindak mengurung diri dalam kereta yang dikunci menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin tingkap untuk mengeluarkan lelaki itu dan menahannya.

“Tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan Komuniti di sini, malam tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.