Kiki(Stering Lock) Masuk Perkasa

Kiki Kamaruddin yang pernah menjadi tumpuan di media sosial menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Selangor.

Penyerahan kad dan sijil keahlian dibuat pada petang semalam.

Sebelum itu,  Kiki atau nama sebenarnya, Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin hadir di Pejabat Perkasa Selangor bersama seorang lagi ahli baharu Mohd Syahidzuan Samsudin.

Aksi Kiki memarahi dan membuli seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan bulan lalu mencetuskn reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki, 30 tahun, mengaku bersalah dan memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68 tahun.

Dia dituduh dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di Kuala Lumpur kira-kira jam 1.10 petang, 14 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.