Kerja Turap Jalan 18 hingga 21 Ogos Dipersimpangan Bertingkat Pusat Sains Negara

Kuala Lumpur  – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (Sprint) akan menjalankan kerja turapan jalan di susur persimpangan bertingkat Pusat Sains Negara.

Sprint dalam kenyataan hari ini berkata, kerja itu akan dilaksanakan dari 18 hingga 21 Ogos ini bermula pukul 12.01 pagi sehingga 6 pagi.

Menurut kenyataan itu, kerja rutin tersebut adalah sebahagian daripada usaha Sprint dalam memastikan kualiti jalan yang baik.

Susulan itu, pengguna dari Sri Hartamas ke Pusat Sains Negara dan Bukit Damansara (Persiaran Bukit Kiara) diminta menggunakan jalan alternatif dengan membuat pusingan-U di persimpangan bertingkat INTAN dan membelok ke kanan di lampu isyarat persimpangan Pusat Sains Negara ke Persiaran Bukit Kiara.

Pengguna dari Pusat Sains Negara dan Bukit Damansara (Persiaran Bukit Kiara) ke Sri Petaling, TTDI dan Seremban pula diminta menggunakan jalan alternatif di persimpangan Pusat Sains Negara dengan membelok ke kanan menuju ke persimpangan bertingkat Sri Hartamas dan membuat pusingan-U ke arah Petaling Jaya, TTDI dan Seremban.

Pengguna dinasihat mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik demi keselamatan masing-masing, menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan trafik, hubungi Talian Bantuan SPRINT di 03-74947333.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.