Barangan Peribadi Mangsa MH17 Akan Diuruskan Oleh KPWKM

Kuala Lumpur –  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengkoordinasi barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui, dengan Malaysia Airlines (MAS) untuk diserahkan kepada ahli keluarga mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata penyerahan barangan itu akan diuruskan pihaknya dan MAS, selepas proses pengurusan jenazah dilakukan.

“Kebanyakan barangan perbadi yang dijumpai masih berada dalam simpanan kerajaan Belanda untuk diperiksa dan dijadikan bahan bukti,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Rakyat Post, pada Jumaat.

Rohani memberitahu, secara keseluruhannya, 16 mayat mangsa akan dibawa pulang, termasuk satu mayat warga Belanda yang mahu disemadikan di negara ini, kerana dia berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Katanya, KPWKM dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keluarga mangsa dan kru nahas pesawat MH17.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, KPWKM turut menyediakan kaunselor sebagai persediaan bagi membantu menenangkan keluarga semasa urusan penerimaan jenazah.

Selain itu, jelas beliau, pihaknya turut menyediakan kenderaan untuk kegunaan ahli keluarga mengiringi jenazah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.