Adi Dan Aida Masih Bahagia Bersama

Kuala Lumpur –  Dakwaan sudah tidak lagi tinggal serumah bersama suaminya pelakon, Adi Putra, ditepis Aida Yusof sekeras-kerasnya.

Gosip mengatakan pasangan suami isteri ini sudah berpisah mula bertebaran sejak Julai lalu, malah ada suara nakal yang agak keterlaluan mengatakan rumah tangga Aida dan Adi sudah berakhir.

Aida mempersoalkan motif mereka yang menyebarkan cerita rumah tanggangnya sebegitu.

Pasangan ini ternyata masih bahagia sejak perkahwinan dibina 2006.

“Gosip ini seperti mereka sesuka hati menjangkakan itu dan ini. Kami masih bersama dan tiada tanda tanya seperti yang cuba dibangkitkan.

“Jika kami tidak bersama, saya tak akan sembunyi. Saya lebih senang berterus terang menceritakan perkara sebenar.

“Kalau wartawan hubungi, saya tak akan mengelak. Saya suka bagi fakta yang jelas tanpa perlu berdolak-dalik.

“Apabila cerita sebegini tersebar, saya agak terkejut dan pelik kenapa orang luar pula yang lebih tahu. Saya pun jenis tak bercerita dengan kawan mengenai perihal luar dan dalam rumah tangga. Saya bukan jenis suka bercerita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.