Tempoh Radzi Jidin sebagai senator dilanjut hingga 2024

- Advertisement -

PETALING JAYA: Khidmat Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Senator akan dilanjutkan sehingga 2024.

Perkara itu dimaklumkan oleh portal rasmi Parlimen, yang memaparkan Mohd. Radzi akan menerima pelantikan semula berkuat kuasa pada 17 Julai ini dan akan berkhidmat sebagai Senator sehingga 16 Julai 2024.

Ini selepas khidmatnya sebagai Senator untuk tiga tahun akan berakhir esok.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengesahkan Ahli Dewan Negara boleh dilantik sebanyak dua kali, namun tertakluk kepada pelantikan Yang di-Pertuan Agong atau pelantikan oleh Dewan Undangan Negeri.

Selain Mohd. Radzi, khidmat Timbalan Menteri Perpaduan, Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai Senator akan berakhir pada 9 Ogos ini.

-UTUSAN

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat