Tempat Ketiga Pencapaian Terbaik Belgium Di Piala Dunia

SAINT PETERSBURG – Belgium memperbaiki pencapaian mereka dalam Piala Dunia apabila menamatkan kempen di Rusia sebagai pasukan ketiga terbaik selepas menewaskan England dengan keputusan 2-0 sewaktu aksi perebutan tempat ketiga di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Sebelum ini pencapaian terbaik Belgium adalah menamatkan aksi di tempat keempat sewaktu Piala Dunia 1986 di Mexico.

Dalam perlawanan tersebut dua gol Belgium dijaringkan oleh Thomas Meunier pada minit keempat dan Eden Hazard pada minit ke-82.

Bagi England pula ini adalah kali kedua mereka menamatkan kempen Piala Dunia di tempat keempat selepas aksi 1990 di Itali. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.