NGO Bantah Kerajaan Sabah Lulus Dokumen Kepada Pendatang Asing Tanpa Izin

KOTA KINABALU – Kira-kira 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sorak Sabah mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa akan meluluskan dokumen pekerjaan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Sorak Sabah, Jamain Sarudin, 47, berkata, tindakan itu secara tidak langsung akan mengancam keselamatan negara dan hak kewargenegaraan selain menyalahi undang-undang.

Katanya, perkara itu juga akan memberi kesan kepada lambakan PATI di negeri ini dan menimbulkan masalah kelak.

“Tindakan kerajaan negeri baharu yang berhasrat untuk memberi dokumen pekerjaan kepada rakyat asing amat tidak wajar kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah pada masa akan datang.

“Selain itu, tindakan tersebut juga salah kalau mengikut perundangan dan tidak patut dilaksanakan demi kepentingan bersama,” katanya ketika ditemui semasa perhimpunan itu di Gaya Street hari ini. – UTUSAN

3 thoughts on “NGO Bantah Kerajaan Sabah Lulus Dokumen Kepada Pendatang Asing Tanpa Izin

  • July 16, 2018 at 9:00 am
    Permalink

    bantah tidak bolih beri kp ..rakyat kita ada yg tiada kp…apa fasal sibuk2 bagi kp pd pati! kerajaan dah biul atau hilang akal! bangang bodoh tindakan kerajaan kalau ini berlaku? kita bantah lawan habis2an …jgn ingat sentiasa betul..jgn nanti rakyat berontak tukar kerajaan lain!

    Reply
  • July 31, 2018 at 1:26 pm
    Permalink

    ayuh rakyat malaysia semua sama2 bebaskan pati dari negara kita!!! nyahkan mereka yg tiada permit pasport!!! tetulan serbuan disemua tempat ladang industri jaga sekuriti dan semuanya…tanfkap hukum yg sekongkol kurang ajar makin melampau.!! ini negara kita bebas pati! kami tidak mahu pati ada di malaysia yg berdaulat.! tangkap tangkap dan tangkap pati semua!

    Reply
  • July 31, 2018 at 1:28 pm
    Permalink

    nyah pati esuk bebaskan malaysia dari pati2 yg masaalah segalanya…serbu tangkap jfn bagi chance lagi..! nyahkan pati!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.