AJK Biro Pendidikan PKR Tawar Diri Tanding PRK Sungai Kandis

SHAH ALAM — Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Mohd Zawawi Ahmad Mughni menawarkan diri sebagai calon pilhan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

Beliau berkata wujud desakan sehingga ada kain rentang dinaikkan pengundi yang mahukan dirinya menjadi calon pada 4 Ogos ini, lapor Sinar Harian.

“Pada mulanya agak berat juga bagi saya, ada sebahagian mereka jumpa dan minta saya fikirkan, itu yang mereka naikkan gegantung,” kata pengetua Maahad Tahfiz Al-Fateh, Jalan Kebun.

“Mengambil kira beberapa aspek termasuk sokongan mereka, saya pun tawar diri jadi calon. Jadi, terserah kepada kepimpinan untuk memutuskan siapa calon sesuai”.

Terlibat sejak Reformasi 1998, Mohd Zawawi adalah ahli jawatankuasa Biro Pendidikan PKR yang aktif di cabang Kota Raja.

Pada pilihan raya umum ke-14, anak tempatan itu memainkan peranan sebagai setiausaha jentera pilihan raya DUN tersebut.

Tiga nama yang disebut-sebut sebelum ini adalah bekas Koordinator PKR di Kota Damansara Mohd Razlan Jalaluddin, bekas wakil rakyat Kota Anggerik Yaakob Sapari dan naib pengerusi Biro Integrasi Nasional PKR Selangor Mikhael Iskhandaar.

PRK dibuat berikutan kematian penyandang Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat barah. – ProjekMM

One thought on “AJK Biro Pendidikan PKR Tawar Diri Tanding PRK Sungai Kandis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.