Wanita Cedera Letupan Bom Motosikal

NARATHIWAT – Dua anggota polis dan seorang wanita berusia 41 tahun cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di Jambatan Kampung Pupuk, Sungai Golok di wilayah Narathiwat, selatan Thailand pagi tadi kata Penolong Ketua Polis Narathiwat, Kol Nittinai Langyanai.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 9.30 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan anggota polis sedang melakukan rondaan.

“Bom seberat 10kg itu diletak dalam motosikal dan diletupkan ketika anggota polis itu sedang melalui jambatan itu,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Kekuatan letupan bom itu menyebabkan motosikal itu terputus dua dan serpihannya berterbangan sejauh kira-kira 80 meter, menurut beliau dan menambah polis masih menjalankan siasat lanjut tentang kejadian itu.

Bagaimanapun menurut beliau, motosikal yang digunakan dalam serangan bom itu telah dilaporkan hilang oleh pemiliknya di Takbai tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.