Percayakan Wanita Berniqab, Beg Tangan Dan Kertas Kerja Dicuri

Seorang gadis meluahkan rasa kecewa apabila mempercayai seorang wanita berniqab untuk menjaga begnya ketika ingin mengambil wuduk di sebuah surau.

Difahamkan kejadian iu berlaku di sebuah surau di Johor.

Menurut gadis bernama Farah Zakiah yang membuat perkongsia di laman twitternya, dia meminta pertolongan seorang wanita berniqab untuk menjaga sebentar beg yang mengandungi laptop, hard disk dan paperwork miliknya.

“Dekat surau pun nak mencuri. Saya minta tolong jagakan sekejap sampai hati dia mencurinya.,”tulis perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur kerana mempercayai orang yang tidak dikenali.

Sehubungan itu netizen menasihatkan agar dia tabah dan tidak lagi mempercayai seseorang menerusi pakaian luaran mereka.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.