Nelydia Gembira Untuk Qi Razali

KUALA LUMPUR 14 Julai – Menafikan hatinya sudah dimiliki duda yang juga bekas suami seorang pelakon popular, Nelydia Senrose dalam masa yang sama tidak menolak dia sebenarnya masih selesa untuk tidak mempunyai kekasih buat masa sekarang.

Bagaimanapun, ada yang bertanya apakah Nelydia sebenarnya masih belum mampu untuk melupakan bekas kekasihnya yang juga pengacara Qi Razali.

Menolak masih ada perasaan itu, Nelydia, 23, dengan jujur memberitahu, dia cukup gembira dengan perkembangan hubungan Qi dengan seorang model kini.

Bahkan, doa Nelydia juga, semoga hubungan Qi dengan kekasihnya itu berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

“Saya gembira untuk dia (Qi)… jujur saya katakan. Sebabnya saya tahu dia juga memang mahu berkahwin.
“Bukan saya tidak move on, tetapi saya seorang yang susah untuk bertemu dengan seseorang yang serasi, doakan saya ya,” kata Nelydia dalam satu temubual baru-baru ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki pilihan, Nelydia tanpa berselindung berkata, hatinya lebih tertarik pada lelaki yang lebih matang.

“Saya harus akui memang tertarik kepada lelaki yang lebih matang, tetapi tidak semestinya berumur itu adalah seorang yang matang.

“Matang dalam konteks yang mampu membawa ke arah kebaikan dan kejayaan. Senang cerita orang yang tahu mengawal situasi dalam membantu saya,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.