Lelaki Curi Susu Badan Rakan Sekerja

Seorang lelaki berusia 42 tahun mengaku telah mencuri susu badan rakan sekerjanya kerana sukakan rasanya yang manis dan sedap.

Memetik The Sun, ketika ditahan lelaki dikenali sebagai Yiu, mengaku telah meminum dua botol susu badan rakan sekerjanya yang disimpan di dalam peti sejuk pejabat di Hong Kong.

Bagaimanapun Yiu telah menggantikan susu badan yang ‘dicurinya’ dengan  susu lembu.

Selepas itu, Yiu menghantar mesej kepada pemilik susu tersebut yang berusia 26 tahun dan meminta wanita itu menambah lagi stok susunya.

Yiu telah ditahan oleh polis kerana mencuri selepas wanita tersebut membuat aduan susu badannya dicuri pada Isnin lepas.

Dalam pada itu, kejadian ini viral dan mengundang kemarahan Persatuan Ibu Menyusu Badan Hong Kong yang mengutuk perbuatan Yiu.

Mereka turut berpesan kepada para ibu di luar sana supaya sentisa berhati-hati dan menyimpan stok susu badan masing-masing dalam bekas berkunci, jika perlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.