Keluarga Bawa Anak Yatim Ziarah Kubur Pada Hari Ulang Tahun Julia Perez

Dami mengenang hari ulang tahun Allahyarham Yulia Rahmawati ataupun Julia Perez, keluarganya telah membawa anak-anak dari Yayasan Yatim Piatu bagi menziarahi kubur Julia yang terletak di Taman Pemakaman Umum (TPU) Pondok Rangon, Jakarta Timur, pagi tadi.

Keluarganya terdiri dari ibu Julia, Sri Wulansih, adik Julia iaitu Nia Anggia dan Della Wulan.

Mereka tiba di kubur Julia bersama 50 anak-anak yatim berkenaan sekitar pukul 11 pagi.

Doa telah dipanjatkan di depan kubur Allahyarham yang menghembuskan nafas pada 10 Jun lalu.

Sri Wulansih yang berada di situ tidak dapat menahan sebak saat doa dibacakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.