‘Jika ALLAH Izinkan, Kita Jumpa Semula’ – Abby

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon wanita, Abby Abadi telah ditimpa satu ujian yang cukup besar buat dirinya di mana bayi dalam kandungannya yang berusia 5 bulan telah meninggal dunia di dalam perut .

Abby akhirnya berkongsi di akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut memuat naik gambar dirinya sedang melawat kubur anaknya yang baru disemadikan beberapa hari yang lalu.

Diruangan kapsyennya pula tertulis,
“#MuhammadFirdausFaizal
Baru berkesempatan melawat tempat persemadian anak Mama/Abah. Semoga tenang di ‘sana’ ye anak. Jika ALLAH izinkan, kita jumpa semula ye,” tulisnya.

Di ruangan kapsyen juga Abby berkata antara punca bayi meninggal di dalam perut selain darah tinggi ialah bayinya terbelit dengan tali pusat.

“Antara punca baby mati dalam perut selain darah tinggi, ialah baby tu terbelit tali pusat. Wallahuallam lah, tp ketat betul belitan kt leher dia tadi huhu…sian hero mama. Semoga ALLAH izinkan kita bertemu semula di SyurgaNYA.. Amin,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.