Gangguan Bekalan Air Di Sepang, Hulu Langat Khamis Depan

Beberapa kawasan di daerah Sepang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 18 jam bermula 8 malam 20 Julai hingga 2 petang, 21 Julai ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataannya berkata gangguan bekalan itu ekoran kerja-kerja penggantian perkakasan di Kolam Perkhidmatan Air Desa Putra.

Katanya, sebanyak 36 kawasan akan terjejas diSepang antaranya Puncak Pinggiran Putra; Taman Desa Utama Sungai Merab, Taman Desa Baginda; Taman Desa Sentosa Teras Jernang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bangi.

Turut terjejas ialah Institut Latihan Sultan Ahmad Shah; Universiti Tenaga Nasional; Institut Perguruan Islam Selangor, Taman Desa Fitri, Kampung Desa Putra; Seksyen 11 dan Seksyen 12 di Bandar Baru Bangi; Taman Ayer Hitam Permai dan Kampung Orang Asli Bukit Dugang.

Sementara di Hulu Langat,sebanyak 11 kawasan terjejas iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 1; Alam Sari; Petronas LLM (SKVE); Sekolah Antarabangsa Tanahrata; Apartmen Kelisa Ria Sungai Tangkas; German-Malaysian Institute (GMI); Taman Universiti; Taman Vista Emas; Taman Tropika 1 dan 2; Villa Tropika Apartmen dan Green Villa Apartmen Sungai Tangkas.

Sehubungan itu, SYABAS menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan.

 

Pengguna juga boleh merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySyabas’ untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.