Doktor Cantum Ibu Jari Kaki Di Tangan

SYDNEY — Seorang pengembala mendapat ibu jari kaki sebagai ganti ibu jari tangannya yang terputus dalam satu insiden di kawasan pedalaman. 

Menurut AFP, ibu jari kakinya terpaksa dipotong dan kemudian dicantum pada tangan kanan kerana peluang kejayaannya lebih cerah berbanding memulih ibu jari tangan. 

Jari tangan Zac Mitchell, 20, gagal dicantum semula akibat remuk teruk setelah ditendang lembu sehingga jarinya tersepit pada pagar.

“Ibu jari tangan masih tergantung pada pagar ketika saya bangun dari atas tanah,” katanya kepada badan penyiaran Australian Broadcasting Corporation, petik MMO.

Bekerja di kawasan terpencil di Australia Barat, Mitchell mengambil masa lima jam untuk membawa ibu jarinya yang diletak di dalam ais ke hospital terdekat. 

Sehubungan itu, pakar bedah plastik, yang menyambung ibu jari kaki di tangan, mengakui pembedahan itu “agak ganjil” walau beliau biasa menggunakan kulit ibu jari. 

Bercakap kepada agensi berita itu semalam, Sean Nicklin bagaimanapun berhujah mendapat jari tangan baru lebih banyak faedah daripada hilang ibu jari kaki. 

Beliau yakin 95 peratus prosedur itu, yang dijalankan di Hospital Sydney, akan berjaya. 

Sementara Mitchell pula akan terus menjalani rawatan sehingga ibu jari baru itu mula berfungsi kira-kira setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.