Beyonce Kongsi Gambar Cahaya Mata Kembar

WASHINTON – AMERIKA SYARIKAT. Selepas sebulan melahirkan anak, hari ini penyanyi sensasi Beyonce berkongsi sekeping gambar anak kembarnya Carter dan Rumi yang kini berusia satu bulan.

Beyonce memuat naik sekeping gambar tersebut di laman sosial Instagram miliknya.

Memetik laporan BBC.com, baru sejam memuat naik gambar berkenaan, sudah lebih sejuta peminat memberi komen terhadap gambar tersebut.

 

Selepas empat jam, Beyonce terus-terusan dihujani ucapan tahniah hingga mencecah empat juga komen di laman tersebut.

Rata-rata mengucapkan tahniah buat Beyonce dan suaminya Jay-Z.

Penyanyi lagu Listen ini sebelum ini sudah mempunyai seorang anak perempuan Blue Ivy yang kini berusia lima tahun.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.