Berjam Izara Menangis Di Set

“Antara sebab utama saya menerima tawaran membintangi Kau Yang Satu sebab tak pernah bawa watak gadis kampung ketika itu,”kata pelakon Izara Aishah yang memegang watak Salina dalam filem Kau Yang Satu.

Menurutnya, Watak Salina ni dalam kelembutan, dia sebenarnya kuat dan tegas serta tetap menghormati suami walaupun terima layanan teruk. Saya kena banyak menangis dan perlu jadi orang lain. Saya pun orang kampung juga, tapi saya jenis kasar,” ujarnya, memetik laporan Sinar.

Kata Izara, watak Salina juga manis tutur kata, ketawanya dan lemah lembut sehingga ada beberapa kali dia ‘terkeluar’ dari karakter itu tetapi disedarkan Pengarah, Osman Ali.

“Memang mencabar sebab ada ketikanya saya perlu menangis berjam-jam di set kerana abang Osman mahu rakam dari sudut yang berbeza.

“Pernah sekali saya dah tak ada air mata nak keluar, terpaksalah abang Osman hentikan sekejap penggambaran dan beri masa saya ambil semula mood itu,” ujarnya.

Ditanya pengalaman bekerjasama dengan Aaron Aziz, termasuk babak romantis, Izara berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka juga menghadiri kelas lakonan serta latihan kira-kira tiga minggu sebelum penggambaran.

Bagi keberkesanan watak Salina, Izara berkata, dia selesa meminta kebenaran isteri Aaron (Diyana) setiap kali babak romantis.

“Babak paling sukar bersama abang Aaron adalah pergelutan di mana Salina digambarkan secara tidak langsung di rogol suami sendiri,” katanya.

Biarpun impiannya membawakan watak gadis kampung terlaksana, tapi sejak dahulu lagi, Izara tidak pernah berpuas hati dengan lakonannya.

Justeru selepas ini, katanya dia mengimpikan untuk menjayakan filem yang mengangkat kisah benar atau memerlukan dia melakonkan watak biografi.

“Buat masa ini, saya tidak mendapat apa-apa tawaran filem dan saya teringin menjayakan filem biopik atau kisah benar,” katanya yang kini banyak terlibat dengan penggambaran drama serta telefilem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.