Bapa Nafi Tentang Perkahwinan Joong Ki

Bapa kepada pelakon drama popular Descendents of The Sun, Song Joong Ki menafikan dakwaan menentang perkahwinan anaknya.
 
Menurut portal Soompi, bapanya berkata, spekulasi itu tidak benar sebalinya dia begitu gembira sebaik sahaja mengetahui berita tersebut.
 
“Dengan usianya saya rasa Song Joong Ki sudah layak untuk berkahwin dan bergelar suami.
 
“Saya juga berasa gembira apabila mendapat tahu mengenai berita pertunangannya sebelum ini.
 
“Sebagai ibu bapa, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik dan kami juga menghormati keputusannya.
 
“Saya tahu ada khabar angin yang mengatakan saya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka namun itu semua hanyalah salah faham.
 
“Sekarang bila anak saya bakal mempunyai keluarga sendiri selepas kahwin, saya harap dia akan bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon yang bertanggungjawab terhadap kerjaya dan keluarganya.
 
“Saya rasa rasa anak saya mampu melakukan kedua-dua perkara itu dengan baik,” katanya, petik AstroGempak.
 
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Ogos depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.