10 Fakta Menarik Perkahwinan Selamat Dan Rohaya

Kisah pernikahan remaja berusia 16 tahun, Selamat Riyadi dengan seorang nenek, Rohaya, 71, telah menjadi bualan ramai bukan sahaja di Indonesia, malah di merata negara.

Kisah mereka menjadi perbualan disebabkan ramai yang terkejut dengan Selamat yang mahu memperisterikan wanita yang layak bergelar nenek itu.

Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai kisah cinta mereka dan bagaimana mereka berdua melayari perkahwinan.

1. Anak Rohaya adalah rakan sepermainan Selamat. Selamat sudah meminta izin daripada temannya itu untuk menikahi ibunya dan teman Selamat setuju.

2. Alasan Selamat mahu menikah dengan Rohaya adalah kerana dia dilayan dengan baik seperti anak sendiri.

3.Selamat mengancam akan minum racun serangga jika tidak dibenarkan berkahwin dengan Rohaya.

4. Selamat memanggi Rohaya ‘Bunda’ manakala isterinya pula memanggil Selamat sebagai ‘Mas’.

5. Selamat memiliki keinginan untuk mempunyai anak dan akan memberi nama Putri Permatasari jika mendapat anak perempuan dan Andre Maulana, jika anak lelaki.

6. Jika tidak dapat memiliki anak, Selamat mahu mengambil anak angkat.

7. Jika Selamat keluar, dia akan mengunci Rohaya di dalam rumah. Selamat menyifatkan ia sebagai tanda sayang dan cinta.

8. Setibanya di rumah, Selamat akan mencium Rohaya untuk memastikan tiada bau keringat lelaki lain pada tubuh isterinya itu. Meskipun pintu sudah dikunci dari luar oleh Selamat namun dia amat cemburu dan tidak percaya begitu saja pada isterinya.

9. Ketua setempat, Kuswoyo mengaku pada awalnya amat berat baginya untuk menikahkan kedua-duanya disebabkan jarak usia yang begitu jauh.

10. Namun Kuswoyo tidak tenang kerana terus didatangi Selamat sehingga tiga kali sehari bertanyakan bila dia boleh bernikah dengan Rohaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.