Polis Tembak Mati Pembunuh Empat Sekeluarga

GEORGE TOWN ― Suspek kes bunuh empat sekeluarga di kilang pemprosesan ayam di Batu Maung di sini, semalam, ditembak mati oleh polis di Jalan Balik Pulau, Air Itam di sini semalam.

 

Chung Chun Wah, 32, diburu polis sejak awal pagi semalam selepas dia menembak mati empat anggota keluarganya termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun pada pukul 2.55 pagi semalam.

 

Chung ditembak berhampiran kuil Buddha Kek Lok Si, kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang merupakan tempat tumpuan pelancong.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata polis menembak mati lelaki itu kira-kira pukul 7 malam tadi.

 

“Penjenayah berjaya ditumpaskan di pekan Air Itam,” katanya.

 

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi kelmarin, empat sekeluarga Toh Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong, 28, dan anak lelakinya Chung Ay Dey, 2, yang dikenali sebagai Ah Bee.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya ketika mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, berkata “Syabas STAFFOC@PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas berbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Suspek disyaki terlibat kes bunuh empat sekeluarga”. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.