Pokemon Go Kalahkan Porno, Lebih Popular Dalam Carian Google

LONDON ― Permainan Pokémon Go nyata lebih popular daripada porno, yang sebelum ini kemungkinan besar merupakan carian paling popular di internet.

 

Pokemon Go, permainan realiti yang membolehkan pengguna mengumpul makhluk fiksyen comel di dunia sebenar melalui teknologi “augmented reality” di telefon bimbit memecah dominasi itu sejak dilancarkan pada 11 Jun lalu.

 

Sejak beberapa minggu lalu, permainan itu semakin lama semakin popular dan berjaya mengatasi pencarian “porno”, lapor portal Independent.

 

Carian itu datangnya dari negara yang sudah boleh menggunakan permainan itu, iaitu Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

 

Namun banyak juga carian datang dari Belanda, dan Kanada — negara yang masih belum dapat mendapat akses aplikasi permainan itu, kemungkinan besar untuk mencari cara bermain.

 

Data tersebut didedahkan oleh seorang penganalisa permainan video yang menggunakan akaun @ZhugeEX di Twitter.

 

Dalam akaunnya, beliau menunjukkan pola carian kedua-dua terma itu di Google, menggunakan data daripada Google Trends yang menyukat jumlah carian pengguna internet.

 

carian pokemon go & porno

 

Namun peminat Pokémon di Malaysia terpaksa menunggu lebih lama untuk menggunakan aplikasi ini.

 

Menurut pembikinnya Niantic dalam satu kenyataan kepada laman web permainan video IGN Southeast Asia, mereka masih belum ada perancangan untuk melancarkan aplikasi itu di luar Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

 

Menjadi salah satu aplikasi paling popular, ia mempunyai peratusan pengguna aktif mengalahkan laman sosial Twitter, dan tidak lama lagi mengalahkan penggunaan aplikasi berpacaran Tinder.

 

Menurut SimilarWeb, sebuah perkhidmatan analisa laman web dan aplikasi mudahalih, pengguna Pokémon Go secara purata menggunakan aplikasi itu selama 43 minit sehari.

 

Pengguna laman sosial Instagram cuma menggunakannya sebanyak 25 minit sehari dan Snapchat cuma 23 minit. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.